Tuesday, April 12, 2011

Cubaan, cubaan, satu, dua, tiga...

Sejak kebelakangan ini, aku sering membuat kerja-kerja penterjemahan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia. Walaupun penguasaan Bahasa Malaysia aku tidak seberapa, aku tekad mencuba. Aku begitu teruja sehingga mendapat insipirasi untuk menulis blog dalam Bahasa Malaysia. Inilah cubaan pertama, kalau silap dan salah, tolong maafkan.

Tidak ada perkembangan yang mendadak dalam kehidupan sederhana aku, hanya projek dan kerja menulis menjadi temanku setiap hari. Aku duduk berpandangan dengan skrin komputer riba yang hanya mampu berkelip sebagai tanda perhubungan. Otakku bergeliga dan Kamus Dwibahasa Oxford Fajar merupakan kitab bahasa yang menjadi panduan dan pembimbing dari subuh ke senja. Oh begitu penat otakku diperah! Bilakah keseksaan ini akan berakhir? Namun, aku terus berjuang, dengan wang sebagai motivasi. Kita kena berhadapan dengan realiti : Wang membuat dunia berputar. Dan maka dengan fakta itulah, aku terus menghadapi cabaran penterjemahan dari siang ke malam.

Sampai di sini saja kisah aku pada hari ini. Anjing belum makan dan piring perlu dicuci. Ya, sudah tentu blog kali ini ganjil tapi kadang-kadang keganjilan itu menarik, bukan? Sekian dan salam mesra dari saya.

9 comments:

jia said...

Senang sekali membaca kemasukan ini, teruskan dengan usaha yang sangat menginspirasikan ini.

JerryInc said...

hahaha, hati kecil saya amat terhibur dengan blog kali ini kerana ianya amat menarik.

dari tertawa kecil, saya terus terketawa terbahak2 dan teresak2 hahaha

Fridaycat said...

Jia: Syukur! Moga-moga inspirasi ini akan berterusan. Terima kasih kerana melawat blog Fridaycat!

Jer:Inilah pertama kali aku mendengar orang yang ketawa terbahak-bahak DAN teresak-esak. Bukankah seseorang itu hanya boleh menangis teresak-esak? Mungkin aku tersilap. Mungkin engkau memang spesis yang istimewa.

Aya Nina said...

saya berpendapat bahawa bahasa malaysia anda adalah lagi sempurna jika dibandingkan dengan punguasaan bahasa malaysia saya... (my bm sucks~~~ loL!!!)

Fridaycat said...

Fara: inilah usaha untuk 'mengilatkan' Bahasa Malaysia saya (i dunno how to say 'polish' so direct translation la, haha!)

emelda said...

Kepada Penulis Friday Cat,

Saya sungguh terhibur membaca rencana anda hari ini. Walaupun bahasa melayu saya sudah pelat and tidak lagi sebaik zaman sekolah, tapi rencana ini tetap menhiburkan saya sebab hingus saya pun terkeluar dari hidung kerana terketawa membaca salah satu pengomen anda di sini...dan cara saudari membalas komen sedemikian cukup HEBAT! Tahniah saya ucapkan. :)

P/s: Menulis dan cuba mentranselasihkan bahasa ini cukup penat! Kenapa tidak saja kita berbahas dalam bahasa pasar sabah? :P

Unknown said...

apa khabar mel? semoga sihat, geli hati saya melihat kesemua perenggan di atas, seperti bacaan alkitab (saya ketawa terbahak-bahak)tapi percubaan dan pembaharuan yang sangat baik sekali

Noel Edmund Lau said...

ingat tak kisah "bot spid" dari zaman dahulu???

Anonymous said...

Love this post!

"Cinta post ini"

"Sukenye dengan post ini"

now that's difficult. lols